Monday, July 05, 2010

Broga Hill

td cm tgk2 folder pic tgk la brogahill pny folder.pastu aku nk upload kt sini.tp sbnanye yus dh upload.tp biarlah,aku nk bwt jgk.huh!!
LAWATAN KE BROGA HILL
Pada 16 Mei 2010, satu lawatan ke Bukit Broga telah diadakan bertujuan menikmati keindahan alam dan meningkatkan sahsiah diri. Lawatan ini telah disertai oleh empat orang anak muda yang suka membuang masa berjalan-jalan tidak duduk dirumah membantu emak memasak dan mengemas rumah. Peserta-peserta yang terlibat adalah sy sendiri. SAT, YUS dan EZAT.


Kami memulakan perjalanan dari Temerloh lebih kurang jam 10, sudah tersasar dari perancangan iaitu pada pukul 7 pagi kerana menunggu sat yang ke pekan sehari. Kami tiba di Broga pada saat matahari terpacak di atas kepala. Kami tahu pendakian akan menjadi getir pada waktu begini. Namun begitu, tidak menjadi masalah kepada kami kerana kami gagah2 belaka tidak seperti seorang makcik yg kami jumpa di pertengahan pendakian, dimana makcik itu sudah pasrah tidak mahu bergerak lagi. Tidak diketahui nasib makcik itu. Anda juga boleh ke http://jalanhujungminggu.blogspot.com/ untuk melihat gambar2 kami di sana.



Agak ramai yang ke Broga Hill pada masa itu. Satu aktiviti menyihatkan fizikal dan mental, merapatkan hubungan silaturahim dan keyakinan diri. Sebenarnya idea ke Broga ini timbul semasa bersembang2 hendak menghantar saudara ezat ke shah alam. Beliau adalah pelakon yang telah membintangi beberapa drama menarik di astro. Dan beliau juga pernah membintangi sebuah drama mandarin yang diterbit dan diarah oleh dirinya sendiri. Kami juga telah mengadakan 1 photoshoot utk album beliau yg terbaru iaitu Tangkap Hingus vol.3

Broga Hill adlh 1 port yg ramai org malaysia pergi utk tgkp2 gambar, dating2, camping2, lenguh2kn kaki dan mcm2 lg. kami juga berjumpa sebuah couple yg ke sana utk dating2 smbl2 tgkp2 gmbr. mereka juga ada membawa belon berbentuk hati yg tidak mahu memberi kerjasama ketika sy shoot gmbr mereka itu. Hayat belon itu juga tidak panjang kerana ianya meletup tidak lama selepas itu.
orang semakin ramai bila petang semakin tua. akan tetapi awan berarak mendung sudah pn mula mencemburui kami. kami harus lincah turun supaya tidak dibasahi hujan (selamatkn camera anda). Kami pasti akan kembali ke Broga Hill setelah kami pandai menangkap gmbr. sesungguhnya pengetahuan sy sgt cetek spt lecah ditepian jalan, di langgar kereta semakin sikit airnya.



No comments:

Post a Comment